Syarat dan Ketentuan
Silakan baca syarat dan ketentuan kami sebelum booking.
TERMA & SYARAT TEMPAHAN STUDIO RAYA IZZ STUDIO
Terma & syarat ini terpakai untuk semua tempahan Studio Raya IZZ STUDIO. Dengan membuat tempahan di website, pelanggan dianggap bersetuju sepenuhnya dengan terma & syarat di bawah.
1) Pengesahan Tempahan (Automatik)
Tempahan anda hanya dianggap BERJAYA & DISAHKAN selepas bayaran penuh dibuat di website.
Sistem akan menghantar pengesahan automatik ke WhatsApp pelanggan (berdasarkan nombor yang diisi semasa tempahan).
Pengesahan akan mengandungi maklumat seperti:
Tarikh & masa sesi
Tema/Ruang dipilih
Nama tempahan
*Penting: Pastikan nombor WhatsApp yang dimasukkan betul dengan letak nombor "6" dihadapan telefon seperti 60196262604. IZZ STUDIO tidak bertanggungjawab jika pelanggan tersalah isi nombor.
2) Pembayaran (Full Payment Sahaja)
IZZ STUDIO menggunakan Full Payment untuk lock slot.
Semua pembayaran dibuat secara online melalui website IZZ STUDIO PHOTOGRAPHY.
Slot hanya akan “locked” selepas bayaran berjaya.
Tempahan tanpa bayaran dianggap tidak sah
3) Polisi Pembatalan
Semua bayaran adalah TIDAK BOLEH DIPULANGKAN (NON-REFUNDABLE) atas apa-apa sebab, termasuk:
pembatalan oleh pelanggan
sakit / kecemasan
masalah pengangkutan / lewat
cuaca / hujan
tersilap pilih tarikh/masa/tema
tidak hadir (“no show”)
*Dengan membuat bayaran, pelanggan mengakui dan bersetuju bahawa tiada refund akan diberikan
4) Polisi Penjadualan Semula (Reschedule)
Reschedule hanya dipertimbangkan atas budi bicara IZZ STUDIO PHOTOGRAPHY dan tertakluk kepada syarat berikut:
Reschedule mesti dibuat sekurang-kurangnya 48 jam sebelum sesi
Tertakluk kepada kekosongan slot
Reschedule hanya dibenarkan 1 kali sahaja
Permintaan reschedule kurang daripada 48 jam, atau pada hari sesi, akan dianggap hangus dan bayaran tidak dikembalikan.
*Jika pelanggan ingin tukar tarikh selepas tempoh dibenarkan, pelanggan perlu buat tempahan baru
5) Harga Studio Raya (Mengikut Tarikh Sesi)
Harga yang dikenakan adalah berdasarkan tarikh sesi (bukan tarikh pelanggan buat booking).
Jadual Harga IZZ STUDIO PHOTOGRAPHY:
1 Jan 2026 – 31 Jan 2026 : RM120
1 Feb 2026 – 28 Feb 2026 : RM120
1 Mac 2026 – 20 Mac 2026 : RM150
21 Mac 2026 – 22 Mac 2026 : RM200
23 Mac 2026 – 17 Apr 2026 : RM150
6) Had Pax Maksimum (Ikut Tema/Ruang)
Pax = jumlah individu yang masuk dan bergambar dalam studio (dewasa & kanak-kanak).
Kanak-kanak bawah 4 tahun TIDAK dikira sebagai pax.
Maksimum pax setiap ruang:
Ruang Modern: maksimum 15 pax
Ruang rustic minimalist : maksimum 15 pax
Ruang Outdoor camp : maksimum 5 pax
Pax tambahan:
Jika jumlah pax melebihi had, caj tambahan ialah:
RM10 / seorang (pax tambahan)
Jika melebihi pax kami sarankan anda ambil 2 slot booking.
Jika pelanggan hadir melebihi kapasiti ruang studio (contohnya terlalu ramai), IZZ STUDIO PHOTOGRAPHY berhak untuk:
menghadkan jumlah yang masuk pada satu-satu masa, atau
menolak lebihan pax daripada masuk jika ruang tidak sesuai/terlalu padat
7) Ketepatan Masa (Datang Awal)
Pelanggan disarankan hadir 10 minit lebih awal.
Sesi bergambar adalah 20 minit sahaja, dan 5 minit adalah buffer time.
Jika pelanggan lewat:
sesi tetap ikut jadual asal
masa lewat akan ditolak daripada tempoh sesi
tiada gantian masa dan tiada refund
Jika lewat 15 minit atau lebih:
slot boleh dianggap hangus
bayaran tidak dikembalikan
IZZ STUDIO PHOTOGRAPHY tidak bertanggungjawab atas kelewatan disebabkan jem, parkir, hujan, atau faktor luar dan lain.
8) Hasil Gambar (Softcopy)
Semua gambar siap akan diberikan dalam tempoh:
1 – 3 hari selepas sesi
Link gambar akan dihantar melalui WhatsApp
Pelanggan disarankan download sebaik menerima link
Link gambar hanya aktif sehingga December 2026 sahaja.
Selepas tempoh tersebut, link akan ditutup/dipadam dan IZZ STUDIO PHOTOGRAPHY tidak bertanggungjawab atas kegagalan pelanggan menyimpan gambar.
9) Lokasi Studio (Tingkat 1 – Tidak Wheelchair Friendly)
Studio IZZ STUDIO PHOTOGRAPHY berada di tingkat 1.
Oleh itu, studio ini tidak wheelchair friendly dan tidak sesuai untuk pelanggan yang memerlukan akses lif/kerusi roda.
Pelanggan dinasihatkan membuat pertimbangan sebelum membuat tempahan.
10) Hak Cipta & Kebenaran Penggunaan Foto (Promo Studio)
Semua gambar adalah hak cipta IZZ STUDIO PHOTOGRAPHY.
IZZ STUDIO PHOTOGRAPHY berhak menggunakan gambar pelanggan untuk:
portfolio
media sosial (IG/FB/TikTok)
website
iklan/promosi
Jika pelanggan tidak bersetuju gambar digunakan:
pelanggan perlu maklumkan sebelum sesi bermula melalui WhatsApp.
11) Peraturan Studio & Keselamatan
Untuk keselesaan semua:
Jaga kebersihan studio dan hiasan
Jangan merosakkan props/peralatan
Kanak-kanak mesti dipantau oleh penjaga setiap masa
Jika berlaku kerosakan akibat kecuaian pelanggan:
pelanggan perlu membayar kos kerosakan mengikut nilai semasa
12) Barang Peribadi (Liabiliti)
IZZ STUDIO PHOTOGRAPHY tidak bertanggungjawab ke atas:
kehilangan barang peribadi
kerosakan telefon/kamera/barang berharga pelanggan
Pelanggan dinasihatkan menjaga barang masing-masing sepanjang sesi.
13) Maklumat Perhubungan
Jika perlukan bantuan, sila hubungi IZZ STUDIO PHOTOGRAPHY:
WhatsApp: http://wa.me/+60196262604 @ 60137512505